November 1, 2013

너는 4-8-6


gambar yang cantik terhasil daripada pelbagai faktor
antaranya
si penangkap gambar sudi mengambil gambar secara ikhlas
orang yang gambarnya ditangkap sudi gambarnya diambil secara ikhlas
nampak tak
keyword yang penting adalah sudi dan ikhlas
masing-masing kena sudi
dan ikhlas melakukan tugasan tersebut
satu lagi
sebab wujud chemistry? 

sepesen je muka

 tak pandai senyum

 aku kagum budak ni memang konfiden je nak buat apa pon

 candid
 apsal masam je muka aku?

 serius aku tak pandai posing depan kamera
ahhha

apa-apa pon
aku sangat happy pada makan malam di sweetree
banyak gambar diambil sebagai kenangan
aku rasa malam tu aku yang paling happy
yelah
ni kira 1st time aku makan makanan korea
yang menambah best adalah bersama-sama orang-orang best yang aku kenali
yang sanggup berkongsi kegilaan aku dengan korea

ok, sebab aku dah meningkat umur ni
kpop memang dah kurang la
tapi..sebab adik-adik ni, aku terjebak balik
setakat mengimbau minat aku dikala muda dahulu
lama jugak aku menanti orang yang sekapal ke korea
ahhaha
nak bawak balik, boleh?

sepanjang malam
aku yang paling bahagia
sebab dapat ke "korea"
lepas makan-makan
tiba-tiba waiter tu suruh aku duduk
katanya ada sesuatu untuk aku

ok,
time ni memang aku perasan abis
kot-kot
ada kek menanti
tunggu punya tunggu
owner datang dan bersembang dengan member aku
pastu, derang bilang aku punya birthday
ooowwwhhh~

owner pon buat candy sambil bercerita kisah orang korea ni asalnya tak kaya
so makan candy buat sendiri
gula+baking powder
eh
aku tak ingat turutan cerita
buat candy dulu ke
buat tisu dulu
tisu dulu kot

so, disebabkan birthday aku semalam
owner pon gulung-gulung tisu
spesel katanya
sambil borak-borak korea dengan aku
budak-budak ni cam kagum ingat aku terer
aku paham je
tapi tang reply memang hancur la...asal ada bunyi korea
muahahah

ada beberapa insiden berlaku
aku pon cakap kat owner tu
저는 남자 친구가 없어

hah~
masa buat candy tu
kena pilih nak shape apa
aku pilih 별(star)
pastu owner cakap
oh...aku ni jenis yang emosional/romantik katanya
tak sure aku ni yang romantik
atau aku suka romantik
hish~ mana-mana la
sebab aku memilih shape tu katanya
kalo main amik je
xde meaning

muka serius lipat kertas

lepas tu main game 딱지
oh best gila
sebab owner ajar camne nak buat mainan tu
eh, camne nak lipat kertas tu
owner layan kitorang sebab malam tu tak sibuk
oh, rasa spesel lak
lepas main 딱지
main 007, bunny bunny
serius la
aku happy gila
senyum sampai ke telinga

eh lupa lak
aku dapat teddy bear sempena lagi setahun nak masuk 30 ni
-end-

tak sedap mana pon makanan korea ni
eksyen sedap je kat drama-drama
ahhaha
dalam banyak-banyak
aku paling suka kimbap!

oh hari tu kitorang kongsi makan
짜장면
돌솥 불고기 set nasi dengan sup daging (manis kowt)
불고기
dah abis makan baru sedar kewujudan tuala putih (asal panas dah sejuk)

adakah itu santapan bersama yang terakhir?
lepas ni dah jarang jumpa
huwaa

No comments: