February 7, 2017

kahwin

serius aku tak percaya akhirnya aku post pasal hal kahwin
bukan
bukan aku nak umum majlis aku
hahah

dah lama  terpikir hal ni
cuba mencari
cuba membuka mata
buka mata hati

adakah aku dah terlalu selesa hidup sendiri?
tipulah kalo cakap aku ni tak ingin bahagia seperti orang lain
istilah bahagia pon
berbeza2 antara kita semua
mungkin
mungkin aku lebih bahagia begini


soal jodoh
itu semua ketentuanNya
aku pernah cuba buka hati
cuba melihat dan memerhati

ya mungkin dia
mungkin
namun
dengan beredarnya masa
berlalu juga perasaan itu
dan alhamdulillah
aku tidak lagi ternanti2
aku tenang
mungkin juga dia mengundur diri kerana aku memilih kerjaya ini
atau mungkin juga selama ini dia cuma baik kepada aku sebagai seorang teman
tidak lebih dari itu
tak mengapalah
sekurang2nya dia beri aku kesempatan utk berbunga2

perasaan?
suka?
cinta?
bagaimana untuk kita interpretasi semua itu?
hati bergetar?
jantung berdebar?

jika aku masih di usia 20an
itulah yang menjadi kayu pengukur
sekarang?
aku lebih kepada realiti
terus melihat potensi
siapa yang bakal
yang  bakal membimbing aku
bersama-sama mengharungi bahtera kehidupan
gituuuu ayat!

ok
sebenarnya
topik ni dah selalu  sgt mak aku tny
aku wat lek wat peace
sebab kdg2 cam penat
panic button aku akan triggered kalo ayah aku yg tanya
alih2
adik aku yang nak langsung dulu
dan ni lah sebab aku dah tekan panic button
hahaha

adik aku baru je kenalkan gf dia kt famili kitorang
terus the next day tanya mak aku hal tarikh tunang
gituuu
rupanya dah setahun kenal
haa, adik2 sekalian
laki camni lah yang  kita nak cari
bawak jumpa famili sebab memang dah serius
huhuhuh
bertuah gadis tu
na, jaga min elok2 ye
memang pemalas sikit budak ni
tapi memang familyman

so derang akan bertunang tak lama lagi
tarikh kahwin
xtau la bila


so nampak tak sekarang
yang aku dah kena serius
waaaa
dan kalo boleh
memang aku nk langsung sebelum dia
tapi takde calon weh
huhuhu
-end-

dan aku terus berdoa
memang sedang megintai peluang
nampak baik orangnya
solat tak tinggal
nampak konfiden bila mengeluarkan idea
dan aku risau kalo posisi aku buat dia takut utk dekati aku
hahaha, jangan perasan la suhaili
nampak senyum pon tidak
ok, ada la 2-3 kali
tapi lepas2 tu, buat cam tak kenal je
huhuhu

hahah
pagi2 tadi naik sama lift
aku senyum dalam hati
okbai!


No comments: