January 15, 2013

berlalunya 2012

berlalunya 2012
cepat betul masa berlalu kan?

aku jalani 2012 dengan pilihan aku
aku memilih untuk hidup sebegini
walaupun aku diberi 3 pilihan ketika 2011
aku memilih untuk tidak menjalani kehidupan itu
biarlah

aku belum bersedia untuk 3 pilihan itu
pilihan 1,2 dan 3
semuanya datang secara tiba-tiba
aku tak mahu meneruskan di sana
aku tak mahu kembali ke sana
dan aku tak mahu memulakan di situ
teruk kan aku?
biarlah 3 pilihan tersebut menjadi rahsia hidupku
aku redha

sepanjang 2012
aku tidak bekerja
tapi
aku banyak bergerak ke sana sini
syukur
sepanjang masa perjalanan
aku banyak berfikir
berfikir tentang masa lalu
berfikir tentang masa sekarang
dan tentu sekali tentang masa depan
...yang masih samar
tentang insan yang pernah wujud dalam hidup aku
yang akhirnya aku tau
siapa yang benar-benar di sisi di saat aku memerlukan mereka

berkawan biar seribu
tapi akhirnya hanya satu disisimu

aku tak kisah semua itu
mungkin juga
aku sudah mulai matang
tidak lagi bersedih memikirkan perkara-perkara remeh
hidup ini singkat
kenapa nak bazirkan masa mengenang sesuatu yang menyakitkan hati
lebih baik aku berusaha untuk memajukan diri
mencapai impian
jangan bersedih lagi Suhaili!

sepanjang tahun 2012
aku banyak meluangkan masa bersama anak-anak saudara yang disayangi
aku mungkin tak dapat berikan kemewahan
belanja KFC, cekelat, eskrem pada mereka
sekurang-kurangnya
aku punya kasih sayang untuk dicurahkan
aku punya masa untuk melayani karenah mereka
syukur
aku merasa kehidupan bagai seorang ibu muda
menidurkan anak
mendukung
memujuk supaya jangan menangis
memandikan memakaikan lampin
membancuh susu di tengah malam

*masa aku pi kenduri kat Seremban
makcik aku cakap aku ni dah macam anak sepuluh
ahhaha

aku berjaya masuk kelas bahasa Korea
banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan
namun aku puas
sebab
akhirnya aku berkorban masa, wang, tenaga untuk sesuatu yang aku betul-betul minat
kesungguhan aku terbukti
apabila ujian akhir untuk setiap level
aku berjaya mencapai markah yang baik
hanya silap satu masa levle 1
dan 100% untuk level 2
teacher aku pun galak aku enrol level 3
syukur
aku akan teruskan belajar walaupun hanya berbekalkan buku dan internet

2013
aku akan teruskan perjuangan aku
jangan mengalah
jangan putus asa
takkan ku biarkan 2013 berlalu begitu sahaja...
-end-


2 comments:

avie eicca said...

Semoga tahun 2013 hang jugak bergerak ke utara, mencari rezeki hehe di sini :) mungkin di sini bakal membuka peluang baru, siapa tahu? Mailah weh kerja biasa2 pun takpa simpan duit dan jangan give up weh! teruskan impian ang. Aku doakan supaya menjadi kenyataan ! AMIN. :)

eL_kZ said...

thanks marina