June 16, 2011

15-06-2009

Cikgu Faralina

Cikgu Faralina mengingatkan aku tentang tarikh ni
oh
aku hampir terlupa!
* gomen ne

tanggal 1 jun 2009
aku telah menerima panggilan dari JPN
pagi tu jugak, aku bergegas pulang ke Ipoh
*walaupon baru je sampai dari Ipoh pukul 1 pagi tu

selama hampir seminggu
kami ditempatkan di JPN
aku masih ingat
aku masa tu berbelah bagi
sebab sekolah yang aku dapat...jauh

lepas tu, aku bersembang dengan seorang budak ni
die bgtau aku yang die dpt MCKK
lepas tu ade kakak tu yg dapat MCKK tukar ke sekolah taiping
aku pon try tanya pegawai yang bertugas
...and the rest is history
** dan budak itu adalah Cikgu Faralina


14 jun 2009
aku balik ke Ipoh
setelah menghadiri kenduri sepupu aku di Kelantan
dalam 11 pm, sampai ke bumi MCKK

15 jun 2009
kami sama2 berjalan kaki dari quarters ke sekolah
hari tu hari Isnin
maka terus ke perhimpunan

oh..sudah pasti kehadiran kami mengejutkan ramai pihak
cikgu-cikgu.
student-student.
kemudian
HM pon memperkenalkan kami kepada seisi warga MC yang ada dalam Dewan Hargreaves tu

dan...
tatkala aku diperkenalkan buat kali pertama kepada warga MC
aku cuma mampu berdiri sambil tersenyum

hari itu juga
kami sama2 menghadiri meeting AJK MCYDS 2009
*tanpa mengetahui apa yang berlaku
haha

dan kalo aku tak silap
pada hari tu jugak
aku kena masuk kelas sejarah ganti cikgu A
*sebab cikgu A nk pergi klinik

nervous tu jangan cakapla
mmg serius aku nervous
bukan aku tak pernah handle kelas
cuma ni lain
masa kat UNITEN..budak2 pre-U
pre-U, semangat masuk U
lepas tu budak2nya campur2 lelaki, perempuan

yang ni all boys

No comments: