January 4, 2010

xdapat jadi cikgu dah..

pejamcelikpejamcelik
dah 4jan2010
*cepat masa berlalu kan?

4jan2010
membuka tirai bagi sesi persekolahan untuk tahun 2010
dan aku tidak lagi berada di perkarangan sekolah untuk bersama2 mengharungi sesi 2010
*sedih

tak sempat nak berkenalan dgn F1 baru
*mesti F2 (student F1 thn lepas) berlagak jadi senior plak kat adik2 ni

tak dapat nk turun ilmu sejarah kat budak2 ni lagi
tak dapat jadi cikgu sivik yang suka membebel dlm kelas
tak dapat dgr "BANGUUUNNN....ASSALAMUALAIKUM CIKGU"
tak dapat turun sekolah tgk prep malam
oh!
banyak lagi

aku rindu kat budak2
(biasalah..cikgu tgh single kan..banyak ruang+masa untuk budak2 tu)

cikgu2 baru ni walaupon lagi muda dari aku
(siap panggil aku "kak su")
...mereka nampak lebih matang dari aku

mungkin ini masanya untuk budak2 ni
...untuk membesar dgn cikgu2 yg lebih matang
*ecececeh*

masa aku hanya setakat bbrp bulan bersama mereka
dan...harapan aku supaya budak2 ni tak lupa pada cikgu2 kontrak ni
-end-

*hari ni kemas area tmpt tgk tv
kongsi duit beli rak tv+sofa
tapi lg 3 minggu baru dapat!!

No comments: