"tp, yang penting pengalaman kan, cikgu Suhaili?" kata PK skola aku
aku dalam hati { "memang..."}
tinggal 2 bulan je aku kat sini
iya.....
aku bakal merindui MC
sob...sob...sob
PENGALAMAN
pengalamanlah bende yg paling berharga dalam kehidupan seseorang
pengalaman 2thn sebagai RA di uniten telah banyak membantu aku
(biarpon kadang2 aku rase cam tak leh "masuk" dgn suasana kerja di sana)
ape2 pon uniten telah memberi satu peluang untuk aku
peluang untuk aku menebus "kegagalan" aku ketika undergrad dulu
"setiap org diberi peluang yang sama...ia ada...cuma bergantung kepada kita untuk menemuinya"
(kata2 ini diambil dari guru bertugas ketika berucap ketika perhimpunan baru2 ni)
UNITEN
adalah titik permulaan usaha aku untuk membina keyakinan diri
selama ni...aku mmg kurang yakin dalam pelbagai perkara
alhamdulillah
pengalaman aku selama 2thn di uniten sebagai pembantu penyelidik, student master, lab instructor telah banyak memberi keyakinan untuk aku
terutamanya......bercakap di khalayak ramai
BERANI BERCAKAP
dulu...aku takut gile nk bercakap dgn org ramai...
even dlm kelas pon aku takut
dgn pengalaman aku di uniten, alhamdulillah aku tak rase kekok sangat bile masuk kelas dan mengajar
MC
ntah kenape...
aku rase perasaan "nasionalisme terhadap MC" terus dan berterusan bercambah dalam jiwa aku
MC adalah sekolah all-boys
aku dari darjah satu sampai form4 (2bulan) sekola all-girls
lepas tu aku masuk sekolah campur
MY BOYS
mmg pengalaman betul bile dapat mengajar kat MC ni
iyelaaa..aku dulu kan skola pompuan
kalo sekola satu jantina ni ....mmg lain sket dgn skola campur2
alhamdulillah aku berpeluang masuk ketiga2 jenis sekolah ni
(biarpon masuk kat MC sebagai guru....guru kontrak)
SEJARAH DAN SIVIK
disebabkan aku ni takde background dari education
...dan tade pengalaman
(aku tak bgtau kat derang yang aku ade 2 thn pengalaman mengajar kat UNITEN...nanti kantoi lak yang aku amik master)
...jadi.....
dianggap sebagai "fresh dari U, tade pengalaman mengajar, menganggur, guru kontrak dari pakej rangsangan ekonomi"
.....maka, kenelaa ajar sejarah dgn sivik (matapelajaran yang dikatakan tidak kritikal)
AKU SUKA SIVIK
PnP sivik adalah bebas
mengikut sukatan tetapi...bergantung kepada aku untuk kendalikan kelas
sekali lagi, aku dapat pengalaman baru
kene kreatif untuk menarik minat pelajar dalam subjek ni
(biarpon, setiap kali masuk kelas...."cikgu, newlab")
macam2 aktiviti aku buat
dan aku rase mmg enjoy
(tapi..ak tawlaa budak2 ni enjoy ke tak???) ~sigh
No comments:
Post a Comment